Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Memulakan Perniagaan Pertanian

Memiliki perniagaan sendiri sering menjadi idaman kebanyakan orang. Dengan menggunakan perniagaan sendiri, mereka dapat menggunakan kemahiran dan keupayaaan untuk memperoleh pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, di samping mengharap agar perniagaan tersebut terus berkembang dan maju.Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, adalah penting bagi seseorang usahawan memilih jenis perniagaan yang sesuai dan mampu memberikan pulangan. Ramai usahawan menceburi bidang pertanian tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut sesuai dijalankan. Ini menyebabkan ramai yang menghadapi pelbagai masalah dalam pengurusan perniagaan.Memulakan perniagaan tanaman perladangan tidak semudah yang disangka. Bagaimanapun, kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan.Pertanian adalah Perniagaan merupakan satu usaha Jabatan Pertanian untuk menarik minat pelanggan bergiat di dalam bidang pertanian secara berskala kecil mahupun berskala besar. Pelanggan yang berminat dan ingin menceburi bidang perniagaan ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membantu untuk melaksanakan bidang pertanian dengan lebih teratur adalah seperti berikut :

Tanah adalah salah satu faktor asas terpenting. Cara pemilikan tanah boleh didapati seperti :
  1. Tanah milikan sendiri;
  2. Sewa;
  3. Pajakan;
  4. Status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti TOL.
Modal adalah merupakan asas yang kedua terpenting bagi menjalankan pertanian ini. Modal juga boleh didapati melalui :
  1. Simpanan sendiri;
  2. Pinjaman keluarga;
  3. Pinjaman bank tempatan seperti AgroBank.
Teknologi yang terkini dan boleh digunapakai dengan mengikut sesuaian tempat, modal yang mencukupi dan pengurusan pengendalian lepas tuai yang betul.
Teknologi Tanaman boleh diikuti mengikut Kalendar Tanaman bagi setiap komoditi. Pemilihan tanaman juga, perlu mengikut kesesuaian tanah di sesuatu kawasan yang hendak dijalankan.
Teknologi Benih yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting. Buat masa ini benih tanaman tidak lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian, ia boleh didapati di MARDI.
Teknolgi Kejenteraan Pertanian boleh dilihat seperti berikut :
  1. Teknologi dan Inovasi terkini di dalam bidang pertanian.
Secara logiknya, kesemua perniagaan mengutamakan keuntungan. Walau bagaimanapun, keuntungan perniagaan tanaman perladangan yang tercatat di atas kertas tidak semestinya sama dengan baki wang tunai yang dibelanjakan. Perbelanjaan sebenar yang dibuat bukan daripada keuntungan tetapi lebihan wang tunai. Justeru itu, aliran keluar dan masuk adalah lebih penting berbanding keuntungan kerana keuntungan sebenar daripada jualan kredit masih belum diperolehi. Aliran tunai bagi setiap komodoti tanaman yang disenaraikan di sini dapat membantu untuk membuat pemilihan tanaman dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.
Persijilan MyGAP dan MyOrganic
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh menbantu di dalam pemasaran pertanian berskala kecil dan besar adalah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA).
Terdapat satu (1) garis panduan bagi insentif yang dilaksakanakan oleh Jabatan Pertanian iaitu :
1.  

Garis Panduan Permohonan Insentif / Galakan di bawah Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Format Plan Perancangan Perniagaan

1. Muka Depan
2. Isi Kandungan
3. Ringkasan Eksekutif
    a. Nama syarikat penggerak utama & cadangan projek
    b. Pengurusan projek
    c. Kewangan projek
    d. Pasaran dan ekonomi
    e. Kos projek / daya maju
    f. Ekuiti dan keperluan pinjaman
    g. Cagaran
    h. Sokongan MOA.Inc
4. Pengenalan
    a. Tujuan plan bisnes projek
    b. Tujuan projek
5. Latar Belakang Projek
    5.1 Syarikat
    a. Nama dan nombor
    b. Alamat
    c. No. telefon dan no. faks
    d. Bank syarikat
    e. Setiausaha syarikat
    f. Juruaudit syarikat
    g. Modal diberikan dan modal dibayar syarikat
    h. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)
    5.2 Projek
    a. Lokasi dan status semasa
    b. Teknikal dan teknologi
 
  • Kesesuaian tanah
  • Agroiklim
  • Sumber dan kualiti air
6. Pasaran dan Ekonomi
    a. Analisa pasaran dan plan pemasaran
    b. Harga produk di pasaran
7. Kewangan
    a. Penyata kewangan dan penyata untung rugi
    b. Aliran kewangan, sumber kewangan ekuiti syarikat dan IRR, B/C Ratio dll.
    c. Titik pulangan modal, tempoh penangguhan
    d. Jadual bayaran balik pinjaman
8. Organisasi dan Pengurusan
    a. Struktur / carta organisasi
    b. Sumber manusia dan keperluan buruh
    c. Strategi pengurusan sumber manusia sekarang dan di masa hadapan
9. Penilaian / Pemantauan Yang Disyorkan
10. Justifikasi