Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka

Klinik Pengembangan Doktor Pokok ialah :

  • Satu (1) tempat di mana orang ramai boleh menyalurkan dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
  • Satu (1) tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
  • Satu (1) program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
  • Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Doktor Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Bidang-bidang kepakaran Doktor Pokok ialah :

  • Diagnostik Masalah Tanaman
  • Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik
  • Perundingan dan Pelaburan Pertanian
  • Kajian Daya Maju Projek Pertanian
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah
  • Remote Sensing dan Pemetaan Tanah
  • Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman
  • Teknologi Kejuruteraan Pertanian
  • Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman
  • Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani
  • Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman
  • Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman
  • Kawalan Import dan Eksport Pertanian
  • Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak
  • Khidmat Analisa Makmal
  • Pemasaran Hasil Pertanian
  • Maklumat Statistik Pertanian
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Doktor Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
  • Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
  • Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
  • Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Doktor Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Doktor Pokok di :
  • Ibu pejabat Jabatan Pertanian Negeri Melaka
  • Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah / Melaka Tengah / Jasin
  • Pejabat Pertanian Kawasan Masjid Tanah / Merlimau
  • Kompleks Teknologi Pertanian Pulau Gadong
  • Kompleks Teknologi Pertanian Sungai UDang
  • Kaunter-kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian
  • Kaunter e-khidmat Doktor Pokok : email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.