Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka

 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan keizinanNya, Jabatan Pertanian Negeri Melaka melangkah setapak lagi di dalam era teknologi maklumat dan multimedia dengan menyediakan laman sesawang ini.

Laman ini merupakan antara cabang penyebaran maklumat dan informasi yang penting di antara jabatan dan orang ramai. Saluran media seperti ini akan dapat membantu segenap lapisan masyarakat memperolehi maklumat berkaitan Jabatan Pertanian Negeri Melaka dalam bentuk yang interaktif, berkesan dan menjimatkan masa.

Justeru itu, diharapkan agar segala maklumat dan informasi yang terkandung di dalam laman sesawang ini yang merangkumi teknologi, khidmat nasihat teknikal serta aktiviti terkini Jabatan Pertanian Negeri Melaka akan dapat membantu mereka yang ingin menceburi bidang pertanian ke arah yang lebih produktif dan progresif.

Sekian sahaja, selamat melayari laman sesawang ini.

 

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"

"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Salam hormat,

ROZLI AZIZI BIN TALIB

Pengarah Pertanian Negeri Melaka