Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka

“SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI”

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

image

Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut :
  • Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan/Agensi Kerajaan;
  • Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman;
  • Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang  menyertai SPBT melalui pameran dan Portal Rasmi Jabatan Pertanian;
  • Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian
Pengusaha nurseri tanaman perlu mendaftar sebagai peserta skim dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari ABK 1 atau di alamat Urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Wisma Tani Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.
Selepas menjadi Peserta Skim, pengusaha nurseri tanaman boleh memohon perakuan bahan tanaman mengikut jenis pengeluaran bagi jenis varieti tanaman yang terdapat dalam Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT. Jenis pengeluaran dan Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terkini, Nurseri bolehlah memohon pengesahan untuk pengeluaran bahan tanaman seperti berikut : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-buahan
Stok Anak Benih Klon Yang Diperakukan 2016 :
 
  • ABB 1 – Permohonan Sebagai Pengeluar Skim Pengesahan Bahan Tanaman : Pengeluaran Biji Benih
  • ABB 1A – Maklumbalas Permohonan
  • ABB 2 – Permohonan Pendaftaran Ladang Biji Benih Skim Pengesahan bahan Tanaman : Pengeluaran Biji Benih
  • ABB 3A – Laporan Pemeriksaan Ladang (Pra Tanam)
  • ABB 3B – Laporan Pemeriksaan Ladang (Berbunga / Berbuah)
  • ABB 4 – Laporan Pemeriksaan Loji/Premis Pemprosesan Biji Benih
  • ABB 5 – Rekod Hasil Tuaian Biji Benih Mentah
  • ABB 6 – Borang Pengambilan Sampel Untuk Ujian Biji Benih
  • ABB 7 – Laporan Makmal Ujian Biji Benih
  • ABB 8 – Laporan Pemeriksaan Stor dan Stok
  • ABB 9 – Surat Akuan Pengesahan Biji Benih
  • ABB 10 – Permohonan Label
  • Lampiran 1 – Senarai Varieti Tanaman Untuk Pengesahan
  • Lampiran 2 – Papan Tanda Ladang Benih
  • ABK 1 – Permohonan Peserta Skim Pengesahan Bahan Tanaman
  • ABK 1A – Kad Maklum Balas Permohonan Lulus
  • ABK 1B – Kad Maklum Balas Permohonan Gagal
  • ABK 2 – Buku Rekod Pengusaha
  • ABK 3 – Borang Permohonan Pengesahan Pokok Induk dan Anak Benih Klon
  • ABK 4 – Surat Pemeriksaan Pokok Induk
  • ABK 5 – Surat Pemeriksaan Pokok Induk dan Anak Benih Klon
  • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk
    • ABK 6AC – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Nanas)
    • ABK 6B – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Belimbing)
    • ABK 6BA – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Pisang)
    • ABK 6C – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Ciku)
    • ABK 6CH – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Cempedak)
    • ABK 6CP – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Betik)
    • ABK 6D – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Durian)
    • ABK 6DL – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Longan)
    • ABK 6E – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Jambu Air)
    • ABK 6GU – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Jambu Batu)
    • ABK 6J – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Nangka)
    • ABK 6MA – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Mangga)
    • ABK 6PO – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Limau Bali)
    • ABK 6R – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Rambutan)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Kelapa)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Kacip Fatimah)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Mas Cotek)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Dokong Anak)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Misai Kucing)
    • ABK 6 – Borang Pemeriksaan Pokok Induk (Rosel)
  • ABK 7 – Surat Perakuan Pokok Induk
  • ABK 8 – Minit Mesyuarat Pemeriksaan
  • ABK 9 – Surat Perakuan Pengesahan dan Permohonan Label Pokok Induk
  • ABK 10 – Surat Penyerahan Label Kekal Pokok Induk
  • ABK 11 – Borang Akuan Penerimaan Label Pokok Induk
  • ABK 12 – Surat Pemeriksaan Anak Benih Klon
  • ABK13 – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon
    • ABK 13AC – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Nanas)
    • ABK 13B – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Belimbing)
    • ABK 13BA – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Pisang)
    • ABK 13C – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Ciku)
    • ABK 13CH – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Cempedak)
    • ABK 13CP – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Betik)
    • ABK 13D – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Durian)
    • ABK 13DL – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Longan)
    • ABK 13E – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Jambu Air)
    • ABK 13GU – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Jambu Batu)
    • ABK 13J – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Nangka)
    • ABK 13MA – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Mangga)
    • ABK 13PO – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Limau Bali)
    • ABK 13R – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Rambutan)
    • ABK 13 – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Kelapa)
    • ABK 13LP – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Kacip Fatimah)
    • ABK 13FD – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Mas Cotek)
    • ABK 13OS – Borang Pemeriksaan Anak Benih Klon (Misai Kucing)
  • ABK 14 – Pegawai Pemeriksa Dalam Laporan Tindakan Pembetulan
  • ABK 15 – Borang Perakuan Anak Benih Klon
  • ABK 16 – Surat Arahan Pemantauan Anak Benih Klon
  • ABK 17 – Borang Permohonan Stok Anak Benih Klon
  • ABK 18A – Surat Pembatalan Pengesahan
  • ABK 18B – Surat Pembatalan Pokok Induk
  • Lampiran 1 – Senarai Varieti Tanaman Untuk Pengesahan SPBT
  • Lampiran 2 – Standard Minimun Jarak Tanaman dan Jarak Pengasingan
  • Lampiran 3 – Panduan Mengendalikan Mesyuarat Pemeriksaan
  • Lampiran 4 – Prosedur Pemeriksaan Pokok Induk
  • Lampiran 5 – Label Sementara Pokok Induk
  • Lampiran 6 – Label Kekal Pokok Induk
  • Lampiran 7 – Papan Tanda Ladang Pokok Induk Nanas
  • Lampiran 8 – Prosedur Pemeriksaan Ketulenan Bahan Tanaman
  • Lampiran 9 – Standard Minimum Anak Benih Klon Buah-Buahan
  • Lampiran 10 – Label Blok Anak Benih Klon
  • Lampiran 11 – Polibeg Bercetak SPBT
  • Lampiran 12 – Spesifikasi Label Anak Benih Klon