Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka
Sekitar Program Hari Ladang & Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Tahun 2020 Peringkat Daerah Jasin. Majlis ini telah disermpurnakan dengan kehadiran YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian & Industri Makanan, YB Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani. Majlis ini turut dihadiri YB. Datuk Wira Hj. Ghazale bin Muhammad, ADUN Rim. Turut hadir mengiringi, Encik Eliyas bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia.
Program ini telah berlangsung bermula 9 September, dan dipenuhi dengan kursus Pembiakan Tanaman, ceramah myGAP, pameran dari bahagian teknikal Kompleks Pertanian Pulau Gadong, serta jualan dari usahawan IAT dan petani Negeri Melaka.