Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pertanian Negeri Melaka

image

Skim Organik Malaysia (SOM)

Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.

Malaysian Organic (myOrganic)

Penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision).
  • Sebagai alat atau teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  • Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
  • Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).
  • Memelihara alam sekitar.
  • Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  • Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
  • Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
a) Kategori pemohon adalah seperti berikut :
  • Persendirian
  • Syarikat Swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
b) Pemohon hendaklah memastikan :
  • Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
  • Ladang telah bertanam dan mula mengeluarkan hasil.
  • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan.
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myOrganic 1-1. Borang tersebut boleh didapati di :
  • Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
  • Jabatan Pertanian Negeri
  • Pejabat Pertanian Daerah
  • Portal Rasmi Jabatan Pertanian
b) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
  • Borang Permohonan myOrganic 1-1
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan.
  • Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewa tanah dan Surat kebenaran mengusahakan tanah.
Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.
Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :
  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
  • Sila rujuk Carta Alir Pensijilan myOrganic
  • Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 24 bulan
a) Pra-Audit
  • Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan perladangan organik.
  • Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.
  • Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.
b) Audit Susulan
  • Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan perladangan organik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
  • Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian.
Tempoh sahlaku pensijilan myOrganic adalah selama satu tahun.
Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya enam bulan sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.
  • Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.
  • Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengiktirafan myOrganic boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :
  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myOrganic dalam apa jua cara.