1. | Khidmat perundingan & nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap. | ||
2. | Khidmat kepakaran analisis makmal dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | ||
i. | Analisis tanah | ||
– | ringkas dalam tempoh 7 hari. | ||
– | separa dalam tempoh 35 hari. | ||
– | lengkap dalam tempoh 60 hari. | ||
ii. | Analisis baja | ||
– | ringkas dalam tempoh 7 hari. | ||
– | lengkap dalam tempoh 35 hari. | ||
iii. | Analisis daun dalam tempoh 30 hari. | ||
3. | Khidmat Regulatori | ||
A) | Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | ||
i) | Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanih, baja organik dan organisma berfaedah dalam tempoh 5 hari. | ||
ii) | Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari. | ||
B) | Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | ||
i) | Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari. | ||
ii) | Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari. | ||
iii) | Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari. | ||
4. | Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan) | ||
A) | Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | ||
i) | Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agriculture Practices) dalam tempoh 2 tahun. | ||
ii) | Pensijilan myOrganic (Malaysian Organic) dalam tempoh 3 tahun. | ||
B) | Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut: | ||
i) | Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari. | ||
C) | Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan benih padi dan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap. | ||
5. | Aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima aduan. | ||
** Tempoh masa merujuk kepada bilangan hari bekerja |